谷歌浏览器插件
订阅小程序
在清言上使用

Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi Di Sekolah Rendah Swasta

Jesceyla Jenigo Mogunting,Manisah Mohd. Ali

Jurnal Dunia Pendidikan(2023)

引用 0|浏览0
暂无评分
摘要
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan program yang disediakan khas untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dengan akses pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Bilangan MBPK yang semakin meningkat mendorong pelaksanaan PPKI turut dilaksanakan di sekolah swasta. Namun, pengetahuan dan sikap guru serta cabaran dalam melaksanakan program ini masih memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengetahuan dan sikap guru serta cabaran yang dihadapi di sekolah swasta. Reka bentuk kajian merupakan kajian kes yang menggunakan protokol temu bual bagi mendapatkan data dari tujuh orang peserta kajian yang juga merupakan guru Pendidikan Khas mengajar dalam kelas PPKI di daerah, Kota Kinabalu, Sabah. Data dianalisis secara tematik berbantukan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian telah dilaporkan berdasarkan tema – tema yang dihasilkan melalui data yang dikumpul iaitu bagi pengetahuan guru tema terdiri daripada dua tema iaitu pengetahuan konteks kurikulum dan konteks pendidikan dan sikap guru dengan dua tema iaitu sikap profesionalisme guru dan sikap tidak pilih kasih guru manakala bagi cabaran dengan empat tema iaitu ketiadaan peruntukan kewangan khusus, kurang pendedahan tentang PPKI, ketiadaan khidmat kolaborasi dengan pihak lain dan amalan profesionalisme guru. Guru didapati masih perlu memerlukan bimbingan dan pemantauan yang berterusan dengan memastikan mereka akan menzahirkan serta meningkatkan pelaksanaan program ini. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa lompong yang perlu diberikan perhatian oleh pihak pentadbir dalam memastikan pelaksanaan PPKI di sekolah swasta dengan merangka program khas yang berkaitan dengan aktiviti meningkatkan kemahiran guru pada masa akan datang.
更多
查看译文
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要