Strategi Pengoptimuman Lanjutan untuk Meningkatkan Penghasilan Biohidrogen Foto-fermentasi oleh Bakteria Ungu Bukan Sulfur

Ming Foong Tiang, Arina Atiqah Azhar,Muhammad Alif Fitri Hanipa, Peer Mohamed Abdul Peer Mohamed Abdul,Mohd Shaiful Sajab,Darman Nordin,Safa Senan Mahmod, Amru Indera Luthfi Abdullah,Jamaliah Md. Jahim

Sains Malaysiana(2021)

引用 0|浏览0
暂无评分
摘要
Proses foto-fermentasi ialah suatu laluan penghasilan hidrogen yang menarik. Walau bagaimanapun, didapati bahawa kecekapan penukaran cahaya dan penghasilan biohidrogen foto-fermentasi oleh bakteria ungu bukan sulfur (PNSB) adalah sangat rendah. Maka, pelbagai pendekatan pengoptimuman telah dikaji bagi meningkatkan penghasilan foto-hidrogen dan prestasi keseluruhannya. Ulasan ini membincangkan strategi pengoptimuman lanjutan untuk meningkatkan penghasilan biohidrogen foto-fermentasi secara menyeluruh. Antara strategi yang dibincangkan merangkumi pengoptimuman makronutrien dalam media penghasilan biohidrogen, faktor abiotik dan rejim pencahayaan semasa proses foto-fermentasi berlaku. Pendekatan ini menunjukkan keputusan positif dalam meningkatkan penghasilan foto-hidrogen oleh PNSB. Pendekatan gabungan yang mengintegrasikan strategi pengoptimuman individu yang berbeza dipercayai mungkin dapat mendatangkan peningkatan yang sinergistik terhadap produktiviti dan hasil biohidrogen foto-fermentasi oleh PNSB.
更多
查看译文
关键词
sulfur,foto-fermentasi
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要