谷歌浏览器插件
订阅小程序
在清言上使用

Kaedah Pelupusan Teks Al-Quran dan Bahan Terbitan Al-Quran

e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi(2022)

引用 0|浏览3
暂无评分
摘要
Mashaf al-Quran al-Karim merupakan kitab suci umat Islam yang wajib dihormati tidak kira ia masih baru atau sudah tidak boleh digunakan lagi. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi memelihara kesucian al-Quran sejak zaman Rasulullah dan kemudian telah diwarisi sehingga ke hari ini. Kebelakangan ini, terdapat segelintir masyarakat cuba melupuskan bahan terbitan al-Quran dengan cara membakar walaupun pada hakikatnya bertentangan dengan peraturan. Namun begitu, hal ini boleh menimbulkan pelanggaran etika atau adab dalam melupuskan al-Quran dan kekeliruan dalam masyarakat Islam serta penghinaan terhadap kesucian al-Quran. Rentetan daripada ini, permasalahan ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak supaya perkara ini dapat dibendung bersama. Oleh itu, kaedah dan tatacara perlu selari dengan fatwa semasa dan terkini dalam pelupusan teks al-Quran dan bahan penerbitan al-Quran supaya dapat dielakkan berlakunya pelanggaran etika atau adab dalam pelupusan ini. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan mengenai kaedah dan metode pelupusan al-Quran dan bahan terbitan al-Quran menurut perspektif Islam dan garis panduan yang selari dengan fatwa semasa. Kajian ini juga menjelaskan isu yang timbul dalam pelupusan bahan terbitan al-Quran. Metode kajian ini menggunakan menerusi metode analisis dokumen dari sumber-sumber perpustakaan berkaitan. Dapatan dan perbincangan kajian dianalisis secara deskriptif.
更多
查看译文
关键词
al-quran,al-quran
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要